Liberty Bell
Liberty Bell

Liberty Bell

Genta Kebebasan (Bahasa Inggeris: Liberty Bell, nama sebelumnya: [Old] State House Bell "Genta Dewan Negeri [Lama]") adalah suatu genta tembaga terletak di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat. Ia ditukang syarikat Lester and Pack dari London pada tahun 1752 atas permintaan Majlis Provinsi Pennsylvania untuk dipasangkan di Dewan Negeri Pennsylvania (kini dinamakan semula sebagai Independence Hall). Pada tahun-tahun awalnya, loceng itu digunakan untuk memanggil para penggubal undang-undang bersidang di dewan ini serta memberitahukan rakyat bandar Philadelphia tentang pertemuan dan pengumuman awam. Genta ini menjadi terkenal selepas ia dibunyikan sebelum Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dibacakan pada 8 Julai 1776. Ia dilanjutkan menjadi simbol para abolisionis menandakan perjuangan mereka menghapuskan kegiatan perhambaan di negara tersebut pada abad berikutnya tahun 1830-an, malah menjadi tumpuan para penunjuk perasaan berkaitan kesaksamaan warga kulit putih dan hitam serta penentangan terhadap Perang Vietnam. Ia kini terletak di Liberty Bell Center di Taman Bersejarah Kemerdekaan Nasional yang turut merangkumi semua tempat bersejarah terlibat revolusi yang memerdekakan Amerika Syarikat daripada kekuasaan British di kota Philadelphia.

Berkaitan